promosi rendah sempena Aidilfitri BARANGAN segar.KEKACANG.
KUCHING: Bersempena Aidilfitri, Emart telah melancarkan pelbagai promosi rendah perayaan di Pasaraya Emart & Emart Xpress dari April sehingga penghujung Mei 2022.
Pelanggan dialu-alukan untuk membeli-belah di Pasaraya Emart & Emart Xpress dengan pelbagai pilihan seperti kurma, sayur-sayuran, buah-buahan, kuih, biskut, makanan ringan dan minuman sepanjang Ramadan.
Barang hiasan perayaan juga telah disediakan dan dipamerkan seperti hamper, lampu pelita dan pakaian perayaan boleh didapati di cawangan Emart terpilih.
Untuk Hari Raya akan datang, Emart telah menyediakan Sampul Raya Edisi Terhad kepada ahli Emart.
Terdapat 4 rekaan yang berbeza, termasuk Mascot Emart ‘Sara & Wak’ dengan pakaian tradisional Melayu. Penebusan Sampul Raya Emart telah bermula sejak 4 April 2022, Ahli Emart boleh menebus Sampul Raya dengan setiap pembelian RM100 dalam satu resit di Pasaraya Emart atau Emart Xpress. Tempoh penebusan rekaan ketiga akan bermula pada 18 April 2022. Tempoh penebusan untuk rekaan keempat akan bermula pada 25 April 2022.
Peraduan ‘Teka & Menang’ telah dianjurkan sebagai cara berinteraksi dengan para pelanggan. Pelanggan dikehendaki meneka dengan betul gambar kedai penyewa yang dimuatnaik di halaman Facebook. Gambar kedai penyewa akan dimuatnaik pada setiap hari Rabu, jam 3 petang setiap minggu sehingga 25 Mei 2022. Peserta yang dapat meneka dengan pantas & tepat akan memenangi baucar membeli-belah. Peraduan ini disiarkan di 6 halaman Facebook iaitu Emart Tudan, Emart Riam, Emart Moyan, Emart Matang, Emart Batu Kawa & Emart Tabuan Jaya.
Menanti tibanya Syawal, Emart telah merancang tawaran hebat setiap hari bermula 18 Mei 2022 & juga telah menjadualkan Jualan Sehari pada 23 April 2022, Sabtu ini.
Mulai 25 April 2022, Emart Summer Mall, Samarahan akan meraikan Grand Opening Month. Pelbagai tawaran istimewa dan aktiviti menarik telah direka, termasuk Peraduan Cabutan Bertuah Grand Opening dimana ahli Emart hanya perlu membelanjakan RM 60 dalam satu resit untuk mendapatkan borang penyertaan, dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM 10,000!!
Pada Ramadan ini, jom Jimat banyak dan lebih selamat dengan tema “Lebih Jimat! Lebih Selamat! Hanya di Emart!” Semua pelanggan diingatkan supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Semua pembeli diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan; iaitu mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka dengan betul, basuh tangan anda selalu.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila log on ke Emart Malaysia Facebook https://www.facebook.com/EmartMY/.
Emart mengucapkan Selamat Ramadan dan Selamat Hari Raya kepada semua!