ELLIE EDWARD
BINTULU: Sudah menjadi norma baharu dengan menggunakan teknologi masa kini untuk pembelajaran secara jarak jauh bagi pelajar yang belajar dari rumah sepanjang perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Bagi seorang ibu juga suri rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Icha, 32, berkata, tempoh itu membolehkan beliau memantau anaknya diajar oleh guru mereka menerusi penggunaan aplikasi ‘Zoom Cloud Meetings’.
“Inilah masanya kita menilai dan melihat kemampuan anak sendiri dengan lebih dekat”.
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan sekolah yang mana mengambil inisiatif untuk mengajar secara jarak jauh menggunakan aplikasi tersebut,” katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika dihubungi oleh pihak media, semalam.
Menurutnya, anak yang berusia enam tahun itu kini belajar di salah sebuah tadika swasta di bandar ini.
“Jadual memang pada dengan cikgu mengajar berdasar satu-satu masa yang telah ditetapkan termasuk juga ada memberi kerja rumah kepada anak saya,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa, pengalaman di rumah itu bukan saya menjadi emak dan suri rumah tetapi PKP memberi pengalaman kepada beliau sebagai pengawas sekolah.
“Mereka belajar seperti biasa iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat ada juga dilaksanakan pada Sabtu”.
“Disitulah saya dapat melihat akan keberkesanan dan perkembangan pembelajar anak sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah bertungkus-lumus dalam bekorban masa mengajar secara jarak jauh.
Jelas beliau, duduk di rumah bukan penjadi penghalang kepada golongan ibu terus memantau pelalajaran anak-anak.