EARL ANEK
SARIKEI: Sebuah bas yang membawa 19 orang pelajar UNIMAS dari Kota Samarahan, Kuching disanitasi setibanya di Dewan Suarah Sarikei.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, 19 orang pelajar tersebut terdiri dari 13 orang lelaki dan 6 orang perempuan.
“Seramai tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Unjah Janggau bertugas menjalankan operasi sanitasi bas tersebut pada jam 12.20 awal pagi semalam.
“Penyemburan dilakukan di dalam bas, ruang tempat barang, papan pemuka bas dan tempat menyimpan barang di bawah dan di bahagian luar bas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, pagi semalam.
Katanya, operasi sanitasi tamat pada jam 12.45 awal pagi semalam.
Agensi yang turut berada dilokasi ialah pihak KKM, PDRM, kakitangan Pejabat Daerah Sarikei, RELA dan kakitangan Dewan Suarah Sarikei.