Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bertanding cuma tarik perhatian
  • TEMPATAN

Bertanding cuma tarik perhatian

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Ramai calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke -12 (PRN-12) cuma ingin mendapat perhatian dan cuba menang dengan mengetengah isu yang tidak mendatangkan jawapan.

Calon GPS-SUPP di Batu Kawa, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian (gambar) berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menerima undangan untuk berdebat secara talian.

“Ini cuma untuk mendapat perhatian dan tidak hairan bagi saya memandangkan jumlah calon yang bertanding dalam pilihanraya ini,” kata Dr. Sim.

Seramai 349 calon akan bertanding di 82 kerusi, tertinggi dalam sejarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Dalam PRN pada 2016, seramai 229 calon bertanding.

Dalam PRN-12 ini menyaksikan 13 kerusi dengan pertandingan tiga penjuru, 33 kerusi (empat penjuru), 24 (lima penjuru), tujuh (enam penjuru) dan satu kerusi dengan lapan penjuru.

Cuma empat kerusi yang akan menampakkan pertandingan di antara dua calon.

Sepuluh parti dan 30 calon bebas, 304 dan 45 calon lelaki dan wanita masing-masing berusia di antara 24 hingga 79 akan bertanding merebut 82 kerusi.

Dr. Sim berkata, beliau tidak akan memandang rendah pencabar nya di kerusi Batu Kawah.

Beliau berkata manifesto adalah penting dan berharap pengundi akan memberinya peluang lagi.

Beliau menasihati orang ramai supaya terus mengekalkan harmoni di negeri ini.

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: Perang bendera mulai rancak
Next: GEDONG DAERAH BAHARU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.