Chieng dicabar tiga calon di Bukit Assek

Facebook
WhatsApp
DUN BUKIT ASSEK...Menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu Yii, Chiew, Chieng dan Kiew.

SIBU, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Assek, Henry Jalin Watt, mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 10.17 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Persidangan Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran Sibu (MPS) ditutup pada 10.00 pagi tadi.

Pada PRN kali ini, GPS mempertaruhkan penyandang kerusi berkenaan bagi penggal pertama, Chieng Jin Ek, 51, untuk mempertahankan kedudukannya.

Beliau bakal dicabar calon DAP, Chiew Sung Ngie, 48, yang juga Setiausaha Sulit kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng.

Turut merebut kerusi berkenaan ialah calon PBK, Yii Ming Ching, 52, manakala Thomas Kiew Heng Yew, 64, bertanding sebagai calon Bebas.

Dengan pengesahan empat calon itu, pengundi Bukit Assek bakal menentukan pilihan mereka antara wakil daripada empat latar belakang politik berbeza pada hari pengundian nanti.

Oleh Akun Giman

Padungan saksikan persaingan tiga penjuru

KUCHING, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Michael Kong