Tiong berdepan Stanley dalam dalam saingan satu lawan satu di Dudong

Facebook
WhatsApp
CALON yang bertanding di kerusi DUN N.52 Dudong, calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Stanley Phua Api dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Tiong King Sing,

SIBU, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong, Dato Sri Tiong King Sing, bakal berdepan Stanley Phua Api daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dalam saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Sait Enggang mengesahkan kedua-dua calon layak bertanding selepas kertas penamaan calon masing-masing diterima tanpa sebarang penolakan.

“Selepas menerima dan meneliti kertas penamaan calon, saya berpuas hati bahawa tiada satu pun daripadanya ditolak,” katanya ketika mengumumkan senarai calon yang disahkan bertanding.

Mengikut susunan rasmi, Stanley diberikan nombor calon pertama, manakala Tiong menggunakan nombor calon kedua.

Tiong, yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), tiba di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi dengan diiringi pencadang, Datuk Teo Boon Siew dan penyokong, Halima@Halimah Japar.

Beliau turut diiringi lebih 100 penyokong GPS yang hadir bagi menyaksikan proses penamaan calon berkenaan.

Sementara itu, Stanley tiba kira-kira 8.30 pagi dengan mengenakan hiasan kepala tradisional Iban, diiringi pencadang Berita Sabang dan penyokong, Muking Amut.

Pengesahan kedua-dua pencalonan itu menyaksikan pengundi Dudong bakal memilih antara calon GPS dan PBDS pada hari pengundian nanti.

Pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 8 Disember, manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Disember ini.

Oleh Tarani Lanting

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas