Nurfatin anggap kemenangan tanpa bertanding satu amanah besar

Facebook
WhatsApp
TAHNIAH... Nurfatin Syafawani Tahamat bersama Pencadang Richard Pie dan Penyokong Kaunselor Hadijah Sheikh Kasim mengangkat tangan selepas diumumkan menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

BEKENU, 28 Nov: Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.71 Bekenu satu amanah besar perlu dipikul demi kepentingan penduduk setempat.

Demikian kata calon GPS, Nurfatin Syafawani Tahamat ketika ditemui media selepas pengumuman rasmi oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya DUN Bekenu, Arshad Samshu di Pusat Penamaan Calon di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

Katanya, keutamaan selepas ini adalah mendekati masyarakat dan memahami keperluan sebenar penduduk bagi memastikan agenda pembangunan kawasan dapat dilaksanakan berdasarkan keutamaan mereka.

“Kerjasama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) akan diperkukuh bagi mendapatkan maklum balas serta mengenal pasti isu yang memerlukan perhatian.

“Ini merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk kita pikul. Kita akan bekerja keras selepas ini demi penduduk di kawasan N.71 Bekenu,” katanya.

Menurutnya, pendekatan turun padang dan kerjasama rapat dengan pemimpin masyarakat penting bagi memastikan suara penduduk, termasuk di kawasan kampung, dapat disampaikan dan diberi perhatian.

Tegasnya, komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan dengan sebaiknya demi membawa manfaat kepada seluruh penduduk Bekenu.

Nurfatin diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN N.71 Bekenu selepas bakal calon Bebas, Nordin Mus, menarik diri daripada proses pencalonan pada hari penamaan calon.

Oleh Adum Liu

Chieng dicabar tiga calon di Bukit Assek

SIBU, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS),

Padungan saksikan persaingan tiga penjuru

KUCHING, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Michael Kong

Chieng dicabar tiga calon di Bukit Assek

SIBU, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS),