Padungan saksikan persaingan tiga penjuru

Facebook
WhatsApp
Calon DAP, Michael Kong, calon SUPP, Nicholas Wung dan calon PBK, Chhan Cheng Kiat menunjukkan nombor giliran masing-masing.

KUCHING, 28 Nov: Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Michael Kong Feng Nian, 40, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Nicholas Wung Duk Ying, 40, dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), Chhan Cheng Kiat, 49, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Michael Kong dicadangkan oleh Sim Poh Kheng, manakala Nai Kian Tiong bertindak sebagai penyokong pencalonannya.

Nicholas Wung pula dicadangkan oleh Bong Lian Huang dan disokong oleh Ting Tmai Hing.

Sementara itu, Chhan Cheng Kiat dicadangkan oleh Chiew Toh Siong, manakala William Bong bertindak sebagai penyokong.

Ketiga-tiga calon mengemukakan borang pencalonan di pusat penamaan calon DUN Padungan bagi merebut kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Oleh Connie Chieng