Fatimah komited teruskan pembangunan Dalat

Facebook
WhatsApp
KENANGAN… Dato Sri bergambar bersama penyokong yang hadir setelah penamaan calon diumumkan. Foto Adibfahmy.

MUKAH, 28 Nov: Komitmen untuk memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Dalat menjadi antara keutamaan Dato Sri Fatimah Abdullah selepas disahkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 hari ini.

Beliau berkata, tanggungjawab untuk memberikan khidmat dan perkhidmatan kepada rakyat perlu diteruskan, khususnya bagi memastikan projek pembangunan yang masih dalam perancangan dan pelaksanaan dapat disiapkan sepenuhnya.

Menurutnya, keputusan untuk kembali bertanding dibuat selepas mengambil kira masih terdapat beberapa projek pembangunan yang perlu dipastikan pelaksanaannya agar dapat memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

DATO Sri Fatimah Abdullah ketika ditemu para media setelah proses penamaan calon diumumkan. Foto Adibfahmy.

“Walaupun pada awalnya saya katakan bahawa saya mahu bersara, tetapi apabila melihat masih ada projek pembangunan, khususnya yang sedang dalam proses perancangan dan pelaksanaan, kita mahu memastikan semuanya dapat diselesaikan.

“Kita mahu apabila projek-projek ini siap, ia dapat memberikan manfaat kepada N.56 Dalat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon bagi PRN Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata pembangunan Dalat perlu dilaksanakan secara holistik dan tidak hanya tertumpu kepada aspek infrastruktur, sebaliknya turut merangkumi pendidikan, ekonomi serta pembangunan sosial.

Katanya, pendekatan pembangunan menyeluruh itu penting bagi memastikan kawasan Dalat terus berkembang dan mencapai kemajuan yang mampu dinikmati seluruh lapisan masyarakat.

Justeru, beliau turut menekankan kepentingan pendekatan kerja berpasukan dalam memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.

Oleh Adibfahmy

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas

Royston raih mandat baharu di Tellian

MUKAH, 28 Nov: Penyandang kerusi N.57 Tellian, Royston Valentine, diumumkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 selepas