KUCHING, 28 Nov: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan See Chee How daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Dr Kelvin Yii Lee Wuen daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Pengerusi Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan dan aktivis Peter John Jaban.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Lillian Liew, mengumumkan pada 10.00 pagi bahawa proses penamaan calon telah ditutup, sekali gus mengesahkan penyertaan empat calon bagi kerusi tersebut.
Voon, 74, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Komuniti MBKS pada 8.30 pagi. Pencadang beliau ialah Lee Li Sia manakala penyokong pencalonannya ialah Wong Jee Luan.

See, 62, tiba pada 8.35 pagi. Pencadang beliau ialah Pui Sze Ting manakala penyokongnya ialah Ng Kho Tung.
Dr Kelvin, 40, tiba pada 8.45 pagi. Pencadang beliau ialah Chai Hui Ting manakala penyokongnya ialah Navein Chanderan.
Aktivis Peter John Jaban, 62, tiba pada 8.59 pagi. Pencadang beliau ialah Katherine Anne Foot Walker manakala penyokongnya ialah Valentino Ngabong Peter.
Dalam undian nombor calon, Peter John mendapat nombor satu, diikuti See Chee How (dua), Voon Lee Shan (tiga) dan Dr Kelvin Yii (empat).
Oleh Connie Chieng




