PRN13: Kemena sahkan saingan satu lawan satu

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI Pengurus Pilihan Raya DUN N.69 Kemena, Thadeus Ling Bartholomen Allu bergambar bersama dua calon yang bertanding, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan Dr Bernard Tahim Bael selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Sebauh, pagi ini.

SEBAUH, 28 November: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.69 Kemena bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Dr Bernard Tahim Bael, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.69 Kemena, Thadeus Ling Bartholomen Allu, mengesahkan kedua-dua calon layak bertanding selepas kertas penamaan masing-masing diterima dan disahkan pagi tadi.

Tiada kertas penamaan calon ditolak sepanjang proses berkenaan, sekali gus mengesahkan pertandingan dua penjuru bagi kerusi DUN Kemena.

Berdasarkan pengumuman rasmi, Stephen Rundi yang mewakili GPS diberikan nombor calon 1 pada kertas undi, manakala Bernard Tahim daripada PBDS diberikan nombor 2.

Pertandingan itu menyaksikan Stephen Rundi berusaha mempertahankan kerusi berkenaan bagi penggal seterusnya, manakala Bernard Tahim tampil sebagai pencabar daripada PBDS.

Kedua-dua calon kini bakal memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan sokongan pengundi sepanjang tempoh berkempen sebelum hari pengundian.

Oleh Faizah Muzidi

Menjejaki kuil kayu belian di Matang

KUCHING, 29 Nov: Bermula dengan carian di Google telah menarik minat seorang penulis kelahiran Semenanjung Malaysia untuk mengunjungi sebuah kuil

Menjejaki kuil kayu belian di Matang

KUCHING, 29 Nov: Bermula dengan carian di Google telah menarik minat seorang penulis kelahiran Semenanjung Malaysia untuk mengunjungi sebuah kuil