Kesedaran, pendidikan dan intervensi awal penting tangani ancaman sosial – Yap

Facebook
WhatsApp
SIMBOLIK KEBERSAMAAN... Wilfred Yap merakam gambar kenangan bersama para peserta selepas menyampaikan mesej mengenai kepentingan kesedaran, pendidikan dan kerjasama masyarakat dalam menangani penyalahgunaan dadah, penipuan dalam talian serta isu kesihatan mental.

KUCHING, 22 November: Kesedaran, pendidikan dan intervensi awal merupakan langkah penting dalam menangani penyalahgunaan dadah, penipuan dalam talian serta isu kesihatan mental yang semakin memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, ketiga-tiga isu berkenaan bukan sahaja menjejaskan individu, malah turut memberi kesan kepada keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Menurut beliau, usaha menangani masalah tersebut memerlukan penglibatan semua pihak bagi memastikan masyarakat lebih peka, berpengetahuan dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

“Melalui kesedaran, pendidikan dan intervensi awal, kita dapat melindungi diri sendiri serta orang tersayang dengan lebih baik.

“Saya percaya usaha membina masyarakat yang lebih selamat dan sihat merupakan tanggungjawab bersama. Marilah kita terus bekerjasama untuk mendidik, menyokong dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

“Masyarakat yang kuat bermula dengan individu yang berpengetahuan dan prihatin,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Perarakan Krismas 2026 di Marudi meriah

MARUDI, 22 November: Kira-kira 500 peserta daripada pelbagai denominasi Kristian menyertai Perarakan Krismas Marudi 2026 di sini, malam tadi. Perarakan