KUALA LUMPUR, 20 November: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan nombor lima dunia dari China pada kejohanan badminton Terbuka Hong Kong 2026 hari ini, untuk mara ke separuh akhir.
Gandingan Malaysia yang menghuni ranking ke-12 dunia dan tidak tersenarai sebagai pilihan itu, mempamerkan aksi cemerlang di Kai Tak Hong Kong selepas hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan pilihan keempat kejohanan, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, dengan straight set 21-15, 21-15 pada aksi suku akhir.
Kemenangan bergaya itu juga satu pencapaian bermakna buat Soon Huat dan Shevon kerana ia merupakan kemenangan pertama ke atas gandingan China berkenaan selepas tiga pertemuan sepanjang karier mereka.
Menanti pasangan itu di separuh akhir bagi merebut tempat ke final sama ada beregu pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau pasangan Taiwan, Wu Hsuan-Yi-Yang Chu Yun, yang akan bertembung dalam satu lagi aksi suku akhir.- Bernama





