KUALA LUMPUR, 19 November: Kemaraan jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow pada Kejohanan terbuka China 2026 di Shanghai terhenti selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia dari Mesir, Mostafa Asal pada aksi suku akhir hari ini.
Eain Yow mempamerkan tentangan sengit, namun terpaksa akur dengan kehebatan pemain Mesir itu apabila tewas 7-11, 5-11, 7-11 dalam pertarungan selama 54 minit.
Kekalahan itu menyaksikan Eain Yow merekodkan kekalahan keenam dalam tujuh pertemuan menentang Mostafa dengan satu-satunya kemenangan ke atas pemain berkenaan diraih pada Terbuka Mesir 2021.
Susulan penyingkiran Eain Yow, harapan Malaysia kini disandarkan kepada jaguh wanita negara yang menghuni ranking keempat dunia, S. Sivasangari untuk meneruskan cabaran pada kejohanan berkenaan.
Sivasangari dijadual berdepan seorang lagi wakil Mesir, Farida Mohamed pada aksi suku akhir esok.
Berdasarkan rekod pertemuan, Sivasangari memiliki kelebihan psikologi selepas mencatat tiga kemenangan daripada lima pertemuan terdahulu menentang Farida. – Bernama




