DEBAK: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah menyampaikan cek geran RM500,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Revd Eric Riis yang mewakili Gereja St. Christopher di Debak semasa lawatannya ke kawasan pilihan raya Bukit Saban di sini, semalam.
Majlis penyerahan itu diadakan di pusat khidmatnya di Pekan Spaoh pada lawatan seharinya itu.
Uggah yang merupakan menteri yang bertanggungjawab untuk UNIFOR turut menyampaikan geran RM500,000 kepada Kapel St. Mark, Spaoh.
Terdahulu, beliau turut melawat Kampung Hilir Spaoh, Kampung Tengah Spaoh, Kampung Hulu Spaoh dan Kampung Pengan untuk meninjau kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir, Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Timbalan Pengerusi PBB Bukit Saban Abang Suhardie Abang Zaini.
Oleh NUR AIN OTSMAN