SKUAD Miri FA mengalu-alukan pemain yang berusia bawah 25 tahun untuk menyertai pasukan itu bagi saingan Liga SSC-FAS 2021.
Pengurus pasukan Miri FA, Sonie Sekan berkata belia-belia yang berada di sekitar Bandar Raya Miri, Limbang, Lawas dan daerah lainnya adalah dijemput untuk mengadakan pemilihan bagi melengkapkan 25 senarai pemain.
“Skuad Miri FA terpaksa mengharungi baki saingan Liga SSC-FAS tanpa khidmat beberapa tonggak utama mereka yang tidak lagi bersama pasukan.
“Justeru itu saya mahu pemain atau golongan belia yang berusia bawah 25 tahun dijemput untuk mengadakan sesi pemilihan bila-bila masa pasukan sebelum saingan liga ini bermula,” katanya.
Beluau yang juga dikenali sebagai Pak Son walaubagaimanapun tidak risau akan kehilangan beberapa tonggak pemain utama terbabit, sambil berpendapat pemain lain boleh mengisi kekosongan yang hadir akibat ketiadaan pemain-pemain tersebut.
“Buat masa ini saya difahamkan tiga pemain dari Limbang telah berminat untuk menyertai pasukan, dan kita juga galakkan pemain-pemain sari daerah lain iaitu pemain yang berusia bawah 25 tahun untuk menyertai kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pak Son turut bimbang situasi sebegini terhadap pasukannya, bakal menjejas momentum anak-anak buahnya apabila kejohanan bermula nanti.
“Pasukan kami terpaksa ‘reset’ semula tahap kecergasan pemain bermula dari kosong, sebaik sahaja latihan dimulakan.
“Saya berharap selepas itu nanti, apabila pasukan kembali turun menjalani latihan, prestasi dan kecergasan pemain dapat dipulihkan sepenuhnya,” tegasnya.
Dalam pada itu, Miri FA kini berada dikedudukan teratas Zon Tengah mengumpul sebanyak tiga mata, selepas meraih kemenangan pertama menentang Mukah FA dengan jaringan 2-0, baru-baru ini.