Zi Yu-Noraqilah lakar kejutan, mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Facebook
WhatsApp
Beregu wanita negara Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan mencipta kejutan apabila menewaskan pasangan pilihan keempat dari Taiwan, Hsu Yin-hui-Lin Jhih Yun, 21-19, 21-18 untuk mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2026 di Arena Kai Tak, hari ini.

KUALA LUMPUR, 19 November: Beregu wanita negara Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan mencipta kejutan terbesar pada pusingan kedua Terbuka Hong Kong 2026 apabila menumbangkan pasangan pilihan keempat dari Taiwan, Hsu Yin-hui-Lin Jhih Yun untuk mara ke suku akhir hari ini.

Pasangan ranking ke-41 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menyingkirkan lawan yang menghuni ranking keenam dunia menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-18 dalam tempoh 37 minit di Arena Kai Tak.

Kemenangan itu menyaksikan Zi Yu-Noraqilah melakar kejayaan kedua dalam tiga pertemuan menentang pasangan Taiwan berkenaan, sekali gus meneruskan kemaraan mereka dalam kejohanan bertaraf Super 500 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu.

Menanti mereka di suku akhir ialah pasangan Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jennie Gai.

Sementara itu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah turut mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik selepas mudah mengetepikan cabaran pasangan tuan rumah, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-9, 21-10 dalam tempoh hanya 27 minit.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan akan berdepan gandingan Amerika Syarikat, Lauren Lam-Allison Quynh Lee dalam usaha meneruskan misi merampas kembali kejuaraan yang pernah dimenangi mereka pada 2024.

Pasangan negara itu bertekad memperbaiki pencapaian tahun lalu selepas perjalanan mereka terhenti di peringkat separuh akhir.

Dalam saingan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut meneruskan kemaraan selepas mencatat kemenangan selesa 21-16, 21-16 ke atas pasangan Taiwan, He Zhi-Wei-Huang Jui-Hsuan.

Wei Chong-Kai Wun dijadual menentang pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard bagi perebutan tiket ke separuh akhir.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong apabila mereka tersingkir selepas tewas 19-21, 16-21 kepada pilihan kelima dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam pertarungan selama 42 minit.

Turut terkandas ialah pasangan muda negara Aaron Tai-Yap Roy King yang memberikan tentangan sengit sebelum akur kepada gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, 11-21, 21-18, 19-21.

Dalam acara beregu campuran, pasangan profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie memastikan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, 22-20, 21-19.

Soon Huat-Shevon bakal berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual bertemu pilihan keempat dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui bagi memburu tempat ke separuh akhir.

Namun, dua lagi beregu campuran negara gagal mengikut jejak langkah mereka selepas masing-masing tersingkir di tangan pasangan China.

Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien gagal menyaingi kehebatan pilihan utama Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping apabila tewas 8-21, 17-21.

Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing pula terpaksa akur kepada pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-14, 8-21, 13-21, biarpun berjaya memenangi set pembukaan.

Dalam saingan perseorangan wanita, cabaran Wong Ling Ching turut berakhir selepas dia gagal mempertahankan kelebihan kemenangan set pertama sebelum tunduk 22-20, 14-21, 15-21 kepada pilihan ketiga dari Thailand, Ratchanok Intanon. – Bernama

Juan Mata umum bersara daripada bola sepak

LONDON, 18 November: Bekas pemain tengah Manchester United Juan Mata mengumumkan persaraannya daripada bola sepak, lapor PA Media/dpa. Pemain berusia