Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Dewan Bandaraya Miri hampir siap
  • TEMPATAN

Projek Dewan Bandaraya Miri hampir siap

Utusan Sarawak 4 years ago
SIAP HUJUNG BULAN INI… Menteri Pengangkutan Sarawak,Dato Sri Lee Kim Shin (empat, kanan) bersama yang lain merakamkan gambar kenangan berlatar belakang bangunan Dewan Bandaraya Miri yang dijangka siap hujung bulan ini.

MIRI: Projek pembinaan bangunan Dewan Bandaraya Miri dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato  Sri  Lee  Kim  Shin berkata, bangunan ini kini pada tahap 99.67% siap, dan kerja-kerja sentuhan akhir di bahagian atap bangunan serta proses mengaturkan perabot sedang dilakukan.

Beliau  bersama  Datuk Bandar  Majlis Bandaraya Miri, Adam  Yii serta agensi-agensi berkaitan telah melakukan pemeriksaan terakhir ke Bangunan Dewan Bandaraya Miri baharu di Marina ParkCity.

“Tujuan lawatan ini dibuat sempena dengan majlis perasmian Dewan Bandaraya Miri yang dijangka akan disempurnakan oleh Ketua  Menteri  Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari  Tun  Openg pada 15 November 2021 ini,” kata Kim Shin menerusi satu kenyataan selepas mengadakan tinjauan dan memantau perkembangan projek berkenaan.

Hasil pemeriksaan tersebut beliau berpuas hati dengan perkembangan dan persediaan dan bercadang juga kepada Jawatankuasa agar menyediakan Pelan B sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Menurut  beliau, projek tersebut telah tertangguh selama kira-kira sepuluh bulan ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kawalan pandemik Covid-19.

Beliau turut berterima kasih kepada sokongan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana memperuntukkan bajet khas untuk projek itu.

“Bangunan Dewan Bandaraya ini akan menjadi mercu tanda baharu atau satu ikon baharu untuk Miri selain menyediakan pengurusan dan pentadbiran secara digital selaras dengan visi menjadikan bandar raya itu sebagai sebuah bandar raya pintar, hijau dan peranginan.

“Selain itu, reka bentuknya yang menggabungkan elemen Indeks Bangunan Hijau seperti penggunaan tenaga dan air yang cekap, jaminan kualiti alam sekitar, perancangan dan pengurusan tapak

yang mampan, penggunaan bahan dan sumber yang efisien dan reka bentuk yang inovatif turut menggalakkan kelestarian dalam persekitaran yang dibina,” katanya.

Hadir sama, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, Setiausaha MBM Morshidi Frederick, Jurutera Bandar Raya dari Majlis Bandaraya Miri Abdul Rahman Taupek dan wakil Residen Miri Melisa Labut.

Continue Reading

Previous: Harga siling RTK Antigen Covid-19 akan diturunkan
Next: Utamakan isu jalan raya rosak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.