11 kawasan Sarawak rekod IPU sederhana

Facebook
WhatsApp
RAJAH menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 21 stesen pemantauan di Sarawak setakat 4.00 petang, 29 Oktober 2026, dengan 11 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana dan Samalaju mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 64.

KUCHING, 29 Oktober: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, manakala 10 kawasan lagi berada pada tahap baik.

Samalaju mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 64, diikuti Serian dengan 57, manakala Lundu dan Lawas masing-masing merekodkan bacaan 56.

Miri dan Lubok Antu turut mencatatkan bacaan 55, diikuti Betong (54), Tebedu (53), Sri Aman dan Mukah 52 serta Sarikei (51).

Sementara itu, bacaan IPU di 10 kawasan lain kekal pada tahap baik, dengan Belaga mencatatkan bacaan terendah iaitu 33, diikuti Kanowit (37), Sibu (40) dan Limbang (41).

Kuching merekodkan bacaan IPU 46, manakala Samarahan mencatatkan 50. Bintulu turut berada pada tahap baik dengan  bacaan 45, diikuti Kapit dan Bario yang masing-masing mencatatkan 46 serta Miri (LP Miri) dengan 47.

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

Oleh Afiq Sallehi