Karnival Beyond Timber 2026 angkat warisan kraf tradisional Sarawak

Facebook
WhatsApp
KRAF TANGAN… Pelbagai produk kraf tangan tradisional, termasuk bakul anyaman dan beg buatan tangan, bakal menjadi tarikan utama Beyond Timber Carnival 2026 di Miri.KRAF TANGAN… Pelbagai produk kraf tangan tradisional, termasuk bakul anyaman dan beg buatan tangan, bakal menjadi tarikan utama Karnival Beyond Timber 2026 di Miri.

MIRI, 29 Oktober: Karnival Beyond Timber 2026 yang berlangsung dari esok (30 Oktober) hingga 1 November ini menjadi platform untuk mengetengahkan produk kraftangan tempatan serta hasil hutan bukan kayu kepada masyarakat.

Karnival selama tiga hari itu akan diadakan di West Court, Aras Bawah, Bintang Megamall Miri, dengan menampilkan pelbagai produk buatan tangan hasil kreativiti dan kemahiran komuniti tempatan.

Menurut kenyataan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), antara produk yang diketengahkan termasuk bakul anyaman tradisional, beg, kraftangan serta pelbagai hasil hutan bukan kayu yang mencerminkan keunikan warisan budaya masyarakat tempatan.

Penganjuran karnival itu turut membuka peluang kepada komuniti pengusaha untuk mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai, sekali gus membantu memperluas pasaran dan menyokong sumber pendapatan mereka.

Selain memberi ruang kepada pengusaha memperkenalkan hasil kerja mereka, karnival berkenaan juga menggalakkan masyarakat menghargai seni pertukangan tradisional yang diwarisi turun-temurun agar terus dipelihara.

Orang ramai dijemput mengunjungi Karnival Beyond Timber 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan bagi meneroka pelbagai produk tempatan serta menyokong usaha komuniti dalam memasarkan hasil kraf dan produk bukan kayu.

Sokongan melalui pembelian produk tempatan bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan pengusaha, malah turut menyumbang kepada usaha memelihara warisan kraf tradisional untuk generasi akan datang.

Oleh Adum Liu

11 kawasan Sarawak rekod IPU sederhana

KUCHING, 29 Oktober: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang

11 kawasan Sarawak rekod IPU sederhana

KUCHING, 29 Oktober: Sebanyak 11 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sederhana setakat 4.00 petang