KUCHING, 29 Oktober: Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, Datuk Abdul Halim Abang Naili, menerima kunjungan hormat Pengarah di Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, TYT Ambassador Hendy Assan, semalam.
Kunjungan itu bertujuan mempererat hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara kedua-dua agensi Persekutuan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurut JIM Sarawak, pertemuan itu turut menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar-tukar pandangan serta membincangkan isu semasa berkaitan bidang tugas kedua-dua pihak.
Selain itu, kunjungan berkenaan membuka ruang untuk memperkukuh komunikasi, penyelarasan dan perkongsian maklumat berdasarkan bidang kuasa masing-masing.

JIM Sarawak berharap hubungan baik itu dapat diteruskan menerusi kerjasama berterusan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, profesional dan berkesan.
Oleh Shikin Mahmud




