JIM Sarawak pindahkan 205 warga Indonesia melalui ICQS Tebedu

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menyerahkan dokumen kepada wakil warga Indonesia sempena operasi pemindahan tahanan melalui ICQS Tebedu. Foto JIMS

SERIAN, 29 Oktober: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak memindahkan seramai 205 tahanan warga Indonesia ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu semalam.

Pemindahan melalui laluan darat dari Depot Imigresen Bekenu, Miri itu menyaksikan semua tahanan diserahkan kepada pihak berkuasa Indonesia melalui pintu sempadan Entikong.

PEGAWAI pengiring JIM Sarawak mengiringi tahanan warga Indonesia semasa operasi pemindahan ke negara asal melalui pintu sempadan Tebedu. Foto JIMS

Daripada jumlah itu, seramai 146 ialah lelaki dewasa, 53 perempuan dewasa dan enam kanak-kanak.

Operasi berkenaan diketuai TPPI Sunarti Zainal dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota pengiring kawalan

JIM Sarawak memaklumkan operasi pemindahan itu berjalan lancar dalam keadaan selamat dan terkawal.

TAHANAN warga Indonesia beratur untuk proses pemindahan ke negara asal melalui pintu sempadan Tebedu. Foto JIMS.

Jabatan itu akan terus melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan undang-undang imigresen serta memastikan pengurusan tahanan dan proses pemindahan ke negara asal dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

Oleh Shikin Mahmud