Pengurusan ubat, komunikasi berkesan perkukuh keselamatan pesakit

Facebook
WhatsApp
UTAMAKAN KESELAMATAN PESAKIT... Sekitar sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 peringkat Hospital Kapit. Foto Hospital Kapit

KAPIT, 29 Oktober: Pengurusan ubat yang betul, komunikasi berkesan serta penglibatan aktif pesakit dan keluarga merupakan antara aspek penting dalam memastikan keselamatan pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit.

Perkara itu diberi penekanan menerusi sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026 peringkat Hospital Kapit yang berlangsung di Bilik Persidangan hospital itu, baru-baru ini.

Sambutan bertemakan ‘Penjagaan Selamat bagi Penyakit Tidak Berjangkit’ itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan yang selamat dan berkualiti.

Menurut kenyataan Hospital Kapit, aspek keselamatan pesakit perlu diberi perhatian pada setiap peringkat penjagaan kesihatan bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang selamat, berkesan dan berkualiti.

“Keselamatan pesakit merupakan tanggungjawab bersama yang merangkumi pengurusan ubat yang betul, komunikasi berkesan serta penglibatan aktif pesakit dan keluarga dalam penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan itu.

Penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan penyakit jantung memerlukan penjagaan yang berterusan, justeru kerjasama antara petugas kesihatan, pesakit dan ahli keluarga amat penting bagi mengurangkan risiko sepanjang proses rawatan.

Komunikasi yang berkesan turut membantu memastikan pesakit dan keluarga memahami keperluan rawatan serta memainkan peranan aktif dalam menjaga kesihatan.

Hospital Kapit merakamkan penghargaan kepada Unit Kualiti Hospital Kapit selaku penganjur serta semua warga hospital yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

Pihak hospital berharap program seumpama itu dapat diteruskan bagi memperkukuh budaya keselamatan pesakit dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Oleh Akun Giman

KKM perkukuh sistem sokongan kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 25 Oktober: Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh sistem sokongan dan akses perkhidmatan kesihatan mental di seluruh negara termasuk menerusi