MARUDI, 24 Oktober: Ahli Lembaga Pelawat Hospital Marudi dengan kerjasama Hospital Marudi akan mengadakan Program Kenali Kesihatan Diri Anda yang akan berlangsung di Dewan Suarah Marudi.
Setiausahanya, Rabiah Ismail berkata program tersebut akan diadakana pada 7 November minggu depan bermula pada 7.00 pagi hingga 3.00 petang.
Tema ‘Berkhidmat Untuk Kesihatan Semua’, Rabiah memberitahu antara pengisian pada program tersebut ialah senamrobik dikendalikan oleh Persatuan Pendidikan dan rekreasi Marudi (PPJRM).
Katanya sesi ceramah akan diadakan dengan tajuk ‘Kesedaran Mengenali Ubat-Ubat Anda dan Panggilan Kecemasan 999’.
Aktiviti lain seperti saringan kesihatan, penerangan dan nasihat dan kuiz kesihatan serta pameran dan melawat booth-booth kesihatan
Orang ramai sekitar Marudi adalah dijemput hadir untuk mengenali kesihatan masing-masing.
Oleh Jiku Juguong





