KUCHING, 26 Oktober: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Lapangan Terbang Kuching yang disyaki beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.
Serbuan pada 24 Oktober lalu, kira-kira 11.30 malam itu, turut menyaksikan rampasan peralatan muzik oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah.


SEORANG lelaki tempatan yang ditahan bersama barang rampasan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah di Jalan Lapangan Terbang Kuching pada 24 Oktober lalu.
sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM20,000, penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Alexson, polis akan meneruskan pemeriksaan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis hiburan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau turut menasihatkan pengusaha pusat hiburan di Kuching supaya mendapatkan lesen yang sah dan memastikan waktu operasi premis masing-masing mematuhi ketetapan pihak berkuasa.
Oleh Connie Chieng





