Cat City International Bike Week 2026 anjur konvoi Rolling Thunder ke Kampung Santubong

Facebook
WhatsApp
POSTER konvoi Rolling Thunder ke Kampung Santubong.

KUCHING, 23 Oktober: Cat City Motorsport Club dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Rolling Thunder: Konvoi ke Kampung Santubong, acara utama Cat City International Bike Week 2026 yang kini memasuki edisi ke-3 dengan tema ‘Ride Sampai Jadi.’

Konvoi ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober 2026, bermula 9.00 pagi. Semua peserta dikehendaki berkumpul di Parking Lot Stadium Negeri Sarawak sebelum bergerak bersama-sama ke Kampung Santubong.

Acara ini akan diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong Dato’ Sri Nancy Shukri yang akan bersantai bersama para peserta dan masyarakat setempat.

“Rolling Thunder bukan sekadar konvoi, tetapi platform untuk mengeratkan silaturahim sesama penunggang sambil membawa manfaat kepada masyarakat setempat. 

Kami berbesar hati kerana Kampung Santubong dipilih sebagai destinasi pada tahun ini dan berharap kehadiran peserta dapat memeriahkan lagi ekonomi penduduk kampung,” kata Pengerusi Cat City International Bike Week 2026, Abang Nor Nasaruddin.

Katanya yang juga Presiden Kelab Cat City Motorsport, pihaknya ingin memperkenalkan keindahan dan keunikan Santubong kepada lebih ramai penunggang melalui Cat City International Bike Week, termasuk mereka yang datang dari luar Kuching.

Beliau berkata, penganjur yakin acara itu mampu menyokong industri pelancongan komuniti, khususnya homestay dan peniaga kecil di kawasan berkenaan. Cat City International Bike Week kali ini merupakan edisi ke-3 dan sambutannya semakin menggalakkan.

Beliau berkata, pihaknya menjemput semua penunggang menyertai konvoi itu, menikmati pemandangan sepanjang perjalanan dan bersantai bersama masyarakat Kampung Santubong.

“Ride Sampai Jadi!” katanya.

Di Kampung Santubong, pengunjung dan peserta turut berpeluang menikmati jualan aneka rasa dan persembahan tradisional. 

Penganjuran ini diharap dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui kegiatan ekonomi dan mempromosikan Santubong sebagai destinasi pelancongan.

Program yang dianjurkan oleh Cat City Motorsport Club ini diadakan dengan kerjasama CATS FM serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. 

Utusan Sarawak ialah rakan media rasmi, manakala GIVI dan Sarawak More To Discover bertindak sebagai penaja. 

Penganjuran turut mendapat sokongan Santubong Recreation Club, Inap Desa Homestay Santubong, JKKK Kampung Santubong, Kejiranan Mesra Santubong dan Pejabat Parlimen P193 Santubong.

Orang ramai dan peminat motosikal dijemput menyertai konvoi ini. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi 012 8840383 dan 013 8447694.

Oleh Shahrul Qaizat