Hutang amanah yang wajib dilunaskan: Tanggungjawab seorang muslim

Facebook
WhatsApp
PROSES pemandulan haiwan dijalankan sempena program Perak Pawsitive Initiative Kempen Kesedaran Pemandulan Kucing dan Anjing di Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini, baru-baru ini. Foto BERNAMA

DOSA terbahagi kepada dua bahagian: pertama dosa dengan Tuhan, kemudian dosa terhadap sesama manusia. Apabila kita berbicara mengenai dosa terhadap Tuhan, maka kita harus memohon keampunan kepada-Nya, agar dosa kita dapat diampunkan. Akan tetapi, apabila kita melihat dari sudut dosa terhadap sesama manusia, maka kita juga perlu memohon keampunan terhadap manusia tersebut agar dosa kita dimaafkan olehnya. 

Hutang merupakan satu muamlat yang dibenarkan dalam Islam selagimana ia tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita dan kepada pemberi hutang. Mendatangkan mudarat kepada diri sendiri adalah seperti kita berhutang kepada ceti haram atau ah long yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita serta keluarga terdekat. 

Mendatangkan mudarat kepada pemberi hutang ialah seperti kita melambatkan pembayaran hutang tersebut dalam keadaan dia memerlukan wang untuk kelangsungan hidup, atau kita meminjam dengan niat untuk tidak membayar semula hutang tersebut.

Maka, kedua-dua tindakan tersebut adalah satu kezaliman. Haruslah kita ingat bahawa kezaliman adalah satu perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.

“Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar).” (surah al-Baqarah ayat 282) 

Pada masa yang sama, seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk membayar hutangnya semula. Jika tidak, maka ia adalah satu dosa terhadap saudara kita. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya (mengembalikannya), maka Allah tunaikan untuknya.

“Sesiapa yang mengambilnya untuk tujuan tidak melunasinya, maka Allah membinasakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari) Rasullulah SAW bersabda: “Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak melunaskannya, maka dia bertemu Allah pada hari kiamat sebagai pencuri.” (Riwayat Ibn Majah)

Oleh itu, ancaman terhadap hutang amatlah berat, dan terlalu banyak pesanan daripada Baginda SAW kepada kita semua supaya kita tidak memandang remeh terhadap hutang kita terhadap orang lain.

Bahkan, amat digalakkan agar kita sentiasa memaklumkan hutang kita kepada anak-anak, adik-beradik, dan keluarga terdekat supaya, jika terjadi sesuatu, hutang kita tetap dapat dilunaskan oleh mereka dengan harta peninggalan atau apa sahaja harta yang kita miliki sebelum ini.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Menginfakkan harta di jalan Allah SWT

SAIDINA Abu Bakar merupakan sahabat paling dermawan. Tidak ada seorang pun dari kalangan para sahabat yang dapat menandingi sifat dermawan beliau. Beliau telah mengorbankan hartanya untuk kepentingan Islam sejak dari awal memeluk Islam sehingga kewafatan beliau.

Semasa berlakunya perang Tabuk, Rasulullah SAW menganjurkan kepada para sahabat untuk menginfak harta-harta mereka memandangkan peperangan ini memerlukan belanja yang besar.

Oleh yang demikian, para sahabat berlumba-lumba memberikan harta-harta mereka. Namun begitu, apa yang mereka korbankan tidak dapat menandingi pengorbanan Saidina Abu Bakar.

Walaupun jumlah harta yang diinfakkan oleh Abdur Rahman bin Auf dan Saidina Uthman melebihi daripada apa yang telah dikorbankan oleh Saidina Abu Bakar, namun mereka berdua masih tinggalkan banyak lagi harta untuk kegunaan keluarga mereka.

Sedangkan Saidina Abu Bakar menyerahkan kesemua harta-hartanya. Para sahabat yang dapat menandingi sifat dermawan beliau. Beliau telah mengorbankan hartanya untuk kepentingan Islam sejak dari awal memeluk Islam sehingga kewafatan beliau.

Semasa berlakunya perang Tabuk, Rasulullah SAW menganjurkan kepada para sahabat untuk menginfak harta-harta mereka memandangkan peperangan ini memerlukan belanja yang besar.

Oleh yang demikian, para sahabat berlumba-lumba memberikan harta-harta mereka. Namun begitu, apa yang mereka korbankan tidak dapat menandingi pengorbanan Saidina Abu Bakar.

Walaupun jumlah harta yang diinfakkan oleh Abdur Rahman bin Auf dan Saidina Uthman melebihi daripada apa yang telah dikorbankan oleh Saidina Abu Bakar, namun mereka berdua masih tinggalkan banyak lagi harta untuk kegunaan keluarga mereka. Sedangkan Saidina Abu Bakar menyerahkan kesemua harta-hartanya.

Saidina Umar bin Al Khattab telah berkata, “Pada suatu hari Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk bersedekah. Kebetulan aku memiliki harta, maka aku katakan diriku, “Kali ini aku harus mengalahkan Abu Bakar”. Maka aku pun datang membawa separuh dari hartaku. Maka Rasulullah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?” Aku pun menjawab,

“Aku tinggalkan separuh daripada hartaku untuk mereka”. Kemudian datanglah Abu Bakar dengan membawa semua harta yang dimilikinya. Maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?” Abu Bakar pun menjawab, “Aku meninggalkan bagi mereka (redha) Allah dan RasulNya”. Aku pun berkata kepadanya, “Sesungguhnya, aku sama sekali tidak akan dapat mendahuluimu dalam bidang apa sekali pun untuk selamanya”. (Riwayat Abu Dawud)

Hanzalah Azman

Hadir Dengan Makna

Pernahkah kita duduk bersendirian, mengenang kembali perjalanan hidup yang telah dilalui? Betapa ramai manusia pernah hadir dalam kehidupan kita. Ada

Salah Siapa

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa kehidupan kita tidak berubah walaupun masa terus berlalu? Mengapa ada orang yang semakin