SIBU, 22 Oktober: Orang ramai dijemput hadir menderma darah pada kempen derma darah anjuran Sibu Life Care Society di Orange Zone, Star Mega Mall, di sini, Ahad ini.
Kempen tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu, Star Mega Mall, Kintrac dan Wheeltrak Auto Services Sdn Bhd.
Program dijadualkan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen tersebut bertujuan membantu pihak bank darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan hospital tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman




