DUN: Penerima SKAS turut manfaat diskaun bil elektrik 25 peratus dan potongan bil air RM5

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak menyampaikan ucapan penggulungan penggulungan Belanjawan Sarawak 2027 pada sidang DUN di Kompleks DUN, Petra Jaya.

PETRA JAYA, 21 Oktober: Penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) turut menikmati manfaat pengurangan bil elektrik sebanyak 25 peratus dan potongan bil air RM5 sebulan yang disediakan kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, antara penerima SKAS ialah Pusspa a/p Trozen Vera Samy dari Tabuan Dayak, Kuching yang menerima bantuan di bawah kategori individu bujang.

“Penerima berkenaan turut menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus dan potongan bil air RM5 setiap bulan seperti isi rumah lain di Sarawak,” katanya.

PUSSPA a/p Trozen Vera Samy dari Tabuan Dayak, Kuching yang menerima bantuan SKAS di bawah kategori individu bujang.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2027 pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Abang Johari menjelaskan, menerusi SKAS, isi rumah dalam kumpulan B40 menerima bantuan sebanyak RM1,100 tahun ini yang dikreditkan terus ke dalam dompet digital SPay Global.

“Bantuan tersebut disasarkan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah dan warga emas menampung perbelanjaan keperluan asas.

“Pelaksanaan bantuan berkenaan bersama pengurangan bil utiliti merupakan antara langkah kerajaan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup,” ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak mengumumkan penerusan diskaun bil elektrik sebanyak 25 peratus kepada pengguna domestik pada 2027 dengan peruntukan RM281 juta yang dijangka memanfaatkan kira-kira 716,000 akaun pengguna.

Oleh Masrin Affirah

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan