Kebakaran belukar di Lutong berjaya dikawal dalam lima minit

Facebook
WhatsApp
PADAM... Anggota Bomba Lutong ketika berusaha memadam kebakaran belukar seluas kira-kira 0.01 hektar di Kampung Tulang Lutong, hari ini.

MIRI, 21 Oktober: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berjaya memadam kebakaran belukar seluas kira-kira 0.01 hektar di Kampung Tulang Lutong, hari ini.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.19 petang sebelum jentera bersama anggota bertolak pada 4.20 petang dan tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

Menurut laporan operasi, Komander Operasi mendapati kebakaran belukar benar-benar berlaku sebaik tiba di lokasi.

Operasi pemadaman dimulakan pada 4.32 petang dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki bersama satu nozel air daripada pam jentera serta dua unit pemukul api.

TINDAKAN PANTAS… Lima anggota bomba dari BBP Lutong dikerahkan bagi memadam kebakaran belukar di Kampung Tulang Lutong, Miri.

Kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit, iaitu pada 4.37 petang, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.54 petang selepas api berjaya dipadamkan.

Tiada agensi lain terlibat dalam operasi berkenaan dan laporan JBPM tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai mangsa atau punca kebakaran.

Jentera bomba bertolak pulang ke balai pada 4.55 petang dan tiba di BBP Lutong pada 5.11 petang.

Operasi itu melibatkan sebuah jentera bomba dengan kekuatan lima anggota, selain seorang petugas bilik kawalan.

Oleh Adum Liu