JALALABAD: Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang sebuah pusat pemeriksaan di timur Afghanistan dan menyebabkan dua anggota kumpulan Taliban dan seorang orang awam yang lain turut maut terkorban.
Menurut sumber daripada pasukan keselamatan dan beberapa saksi turut memaklumkan mengenai kejadian itu.
Serangan yang berlaku di bandar Jalalabad merupakan sasaran terbaharu terhadap kumpulan Taliban di wilayah Nangarhar.
Menurut sumber, kumpulan lelaki bersenjata itu yang menaiki beca menyerang pusat pemeriksaan di daerah Ghawchak dan membunuh dua anggota Taliban dan seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut.
Seorang wakil kumpulan Taliban mengesahkan serangan tersebut namun memaklumkan kesemua mangsa yang maut merupakan orang awam.
Dalam kejadian lain, seorang penduduk tempatan mendakwa dua anggota kumpulan Taliban cedera ketika cuba mematikan alat letupan di Jalalabad. – AFP