MIRI, 20 Oktober: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam sebuah kereta di Jalan Desa Senadin, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.11 petang.
Beliau berkata tujuh anggota bersama sebuah jentera dari BBP Lutong segera digerakkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian, iaitu pada 5.19 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seorang kanak-kanak terkunci di dalam sebuah kereta.
“Anggota kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan sebelum berjaya mengeluarkan kanak-kanak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi memasuki fasa terkawal pada 5.20 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 5.32 petang.
Oleh Liong Chai Ling



