DEBAK,15 Oktober: Penghuni sebuah rumah di Kampung Debak Laut dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang kira-kira 0.9 meter yang ditemui berada di dalam bilik mandi rumah berkenaan malam ini.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Debak, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan.
Susulan aduan tersebut, anggota APM Debak segera bertindak ke lokasi bagi memastikan keadaan terkawal serta mengelakkan sebarang risiko terhadap penghuni rumah.
Operasi menangkap ular itu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang tindakan dijalankan.
Kehadiran ular di dalam kawasan kediaman boleh menimbulkan kebimbangan kepada penghuni, terutama apabila reptilia berkenaan ditemui di ruang yang kerap digunakan seperti bilik mandi.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak cuba menangkap atau menghampiri ular sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan.
Sebaliknya, orang ramai diminta supaya menjauhkan diri dari kawasan berkenaan dan segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan serta tindakan lanjut.
Bagi penduduk yang memerlukan bantuan atau berdepan situasi kecemasan, mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Debak menerusi talian 083-464553 atau menghubungi talian kecemasan 999.
Oleh Adi Safarman




