
PETRA JAYA, 15 Oktober: Kerajaan diminta merancang pelaksanaan Fasa 4 Jalan Menalun–Sungai Poi bagi meneruskan pembinaan jalan raya ke kawasan Ulu Poi.
Allan Sideng Gramong (GPS-Machan) berkata, Fasa 3 projek berkenaan dijadualkan siap pada 2027 dan akan menghubungkan Rumah Keleman, Rumah Nyaru serta Rumah Jelani.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Belanjawan Sarawak 2027 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.
Beliau berkata, perancangan untuk fasa seterusnya penting bagi memastikan pembangunan jalan berkenaan dapat diteruskan.
Selain itu, beliau turut membangkitkan keperluan membina jalan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Machan ke Rumah Lajang di Ulu Machan.
Mengulas lanjut, beliau turut meminta jalan balak yang masih digunakan penduduk di kawasan Machan, Poi dan Menuan diselenggara serta dinaik taraf bagi memenuhi keperluan perhubungan penduduk setempat.
Oleh Shikin Mahmud




