Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 16 September imbau pembentukan Malaysia
  • TEMPATAN

16 September imbau pembentukan Malaysia

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Para peserta merakamkan gambar bersama tetamu kehormat pada Program Ziarah UKAS – Semarak Kemerdekaan anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Bahagian Miri, semalam.

MIRI : Sambutan Hari Malaysia cukup penting khususnya kepada rakyat Sarawak mengimbau sejarah pembentukan Malaysia pada setiap 16 September.

Sehubungan itu, Menteri  Muda Pelancongan, Kesenian dan  Kebudayaan, Datuk Sebastian  Ting  berkata, tarikh 16 September perlu sentiasa disuburkan di dalam masyarakat   Sarawak mengambil kira tarikh  tersebut sinonim dengan pembentukan Malaysia antara tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

“Masyarakat hari ini dan generasi akan datang perlu meraikan  tarikh dan peristiwa ini sebagai pencetus kepada rasa sayangkan Sarawak dan ingin menyumbang kepada Sarawak di samping semangat patriotik dan cintakan negara dalam  kalangan rakyat.

“Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menteri  Datuk Patinggi Abang Johari Tun  Openg  kerana sentiasa komited dalam memastikan keinginan rakyat  Sarawak supaya mana-mana hak yang sudah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan semula kepada negeri ini,” katanya.

Ting  berkata  demikian  semasa  berucap  pada  Program Ziarah UKAS – Semarak Kemerdekaan anjuran  Unit Komunikasi Awam Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Bahagian Miri yang  diadakan  di  Grand  Old  Lady di  Bukit  Kanada  di  sini, semalam.

Program tersebut  diadakan bersempena Hari Malaysia yang bakal diraikan pada 16 September ini.

Seramai 50 peserta penunggang bermotosikal iaitu terdiri daripada Kelab Sukan Rekreasi Permotoran Y15zr Miri (KPY15zr Miri), Geng Tayar Besar Miri (GTB Miri), Miri Rider Motorcycle Club (MRMC), Santai Bikers Team Bekenu, Pelesit Selatan, Riders 30 Miri dan Miri Bikers Club telah hadir bagi bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan program tersebut.

Hadir  sama, Datuk  Bandar  Miri , Adam  Yii  dan Residen  Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Sambut baik cadangan PM
Next: Peruntukan MRP disalurkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.