Kuching catat IPU tertinggi di Sarawak setakat tengah hari

Facebook
WhatsApp
GAMBAR rajah menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 154.

KUCHING, 10 Oktober: Kuching mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 154 setakat 12.00 tengah hari ini, manakala tiga kawasan lain turut merekodkan kualiti udara pada kategori tidak sihat.

Berdasarkan data Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lundu mencatatkan bacaan IPU 106, diikuti Samarahan dengan 104. Kedua-dua kawasan itu turut berada pada kategori tidak sihat.

Sementara itu, ILP Serian merekodkan bacaan 95, diikuti Miri (91), Lawas (87), Betong (86), Lubok Antu dan ILP Miri masing-masing 82, serta Samalaju (81).

Bintulu dan Limbang masing-masing mencatatkan bacaan 79, manakala Sri Aman merekodkan 76, Mukah (73), Sarikei dan Kanowit masing-masing 71, serta Bario (68).

Sibu mencatatkan bacaan IPU 65, diikuti Kapit dengan 56.

Berdasarkan skala IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada kategori sederhana.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemaran udara yang paling dominan.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus memantau bacaan IPU semasa dan mengurangkan aktiviti luar sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing merosot.

Oleh Afiq Sallehi