Hakim Besar Sabah dan Sarawak dahului senarai penerima Anugerah Kebesaran Sarawak

Facebook
WhatsApp
PENERIMA UTAMA… Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi, mendahului senarai penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUCHING, 10 Oktober: Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi mendahului senarai penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak bersempena dengan Sambutan Hari Lahir ke-80 Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini.

Beliau dikurniakan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima PNBS ialah Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Abdul Wahab Aziz dan Pengerusi ABM Fujiya Berhad Datuk Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin.

Sebanyak 1,350 individu tersenarai untuk menerima anugerah kebesaran negeri bersempena dengan sambutan itu.

Sementara itu, empat penerima dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima PGBK ialah Hakim Mahkamah Rayuan Dean Wayne Daly, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Idris Buang dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang Dipertua Negeri Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie.

Selain itu, enam individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu dan 23 individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, sambutan kali ini turut menyenaraikan dua penerima Johan Bintang Sarawak (JBS), Johan Bintang Kenyalang (dua) Johan Perkhidmatan Cemerlang (satu), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (16), Pingat Perwira Negeri (sembilan), Pegawai Bintang Sarawak (18), Pegawai Bintang Kenyalang (100) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (204).

Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 71 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (241), Pingat Perkhidmatan Terpuji (365) dan 284 menerima Bentara Bintang Sarawak.- Bernama

Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan