Gempa bumi kuat magnitud 7.7 landa Panama

Facebook
WhatsApp
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan bangunan katedral (kiri) dan bangunan Pejabat Gabenor Penonomé yang runtuh susulan gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda Panama, di Penonomé. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi berukuran 7.6 magnitud menggegarkan Panama sehingga mencetuskan panik di ibu negara, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan. Foto AFP

WASHINGTON, 10 Oktober: Gempa bumi kuat magnitud 7.7 melanda selatan Panama pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menaikkan anggaran magnitud awalnya daripada 7.6, lapor Anadolu Ajansi.

Gempa bumi itu melanda 12 kilometer (7.4 batu) barat-barat daya Pitaloza Arriba pada kedalaman 12.6 kilometer, kata USGS.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar setakat ini selain tiada amaran tsunami, nasihat, pemerhatian atau ancaman yang berkuat kuasa, menurut Pusat Amaran Tsunami AS.

Menurut media tempatan, Lapangan Terbang Antarabangsa Panama ditutup sementara waktu.

Kedutaan AS di Panama menggesa rakyatnya di kawasan itu supaya menjauhi struktur yang rosak dan memantau siaran kecemasan tempatan serta panduan rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini.- Bernama-Anadolu