KUCHING, 9 Oktober: Betong menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10.00 pagi ini, manakala 20 stesen pemantauan lain merekodkan tahap sederhana.
Berdasarkan data terkini Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), stesen pemantauan kualiti udara di Betong merekodkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 124, sekali gus melepasi paras 100 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sementara itu, Sri Aman dan Lubok Antu masing-masing mencatatkan bacaan IPU 88, diikuti Serian (85), Kuching (82), Bintulu dan Belaga (78), serta Samalaju (77).
Kawasan lain yang turut merekodkan bacaan sederhana ialah Samarahan pula mencatatkan bacaan 75, diikuti Lundu (74), Sibu, Mukah dan Kapit masing-masing 71, manakala Sarikei dan Kanowit masing-masing merekodkan bacaan 70.
Miri mencatatkan bacaan IPU 68, diikuti Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (66), Lawas (65), Tebedu (60) dan Limbang (56).
Bario merekodkan bacaan IPU terendah di Sarawak, iaitu 55, namun masih berada dalam kategori sederhana.
Secara keseluruhannya, daripada 21 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh Sarawak, 20 stesen berada pada tahap sederhana, manakala satu stesen berada pada tahap tidak sihat.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya atau lebih tinggi.
Keadaan udara pada tahap tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan, khususnya golongan berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status kualiti udara menerusi laman web rasmi NREB Sarawak.





