KPT jamin penggubalan akta baharu pendidikan tinggi inklusif

Facebook
WhatsApp
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan jaminan bahawa proses penggubalan kerangka undang-undang baharu pendidikan tinggi bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilaksanakan secara inklusif tanpa membezakan kecenderungan politik kumpulan mahasiswa.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kementeriannya komited melibatkan semua pihak dalam sesi libat urus, merangkumi pelbagai persatuan pelajar, akademik mahupun kepimpinan rentas parti politik.

Beliau berkata KPT turut mengadakan sesi pertemuan khusus dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) bagi mendengar serta menyelaraskan pelbagai syor cadangan.

“Sama ada mereka menyokong atau tidak menyokong kerajaan, termasuklah kumpulan pelajar yang mewakili parti yang berada dalam barisan mahasiswa, kita libatkan semua.

“Kita ingin mewujudkan sebuah akta baharu yang benar-benar komprehensif dengan mendengar segala pandangan, maka kita bawa, selaras dan rumuskan dengan sebaik-baiknya untuk merancang masa depan pendidikan tinggi negara,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) tentang senarai kumpulan pihak berkepentingan yang dilibatkan serta jaminan kebebasan mahasiswa yang mengkritik kerajaan di bawah kerangka undang-undang baharu itu.

Mengulas mengenai jaminan kebebasan bersuara, Zambry berkata KPT telah mengambil langkah serta-merta membekukan kesemua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan dan perhimpunan aman di semua universiti awam.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menyelaraskan pelbagai peraturan tatatertib pada peringkat universiti bagi mengelakkan amalan dwistandard atau kekangan yang berbeza-beza antara kampus.

“Kita ambil kira seluruh aspek dari segi penyelarasan ini supaya hal-hal sedemikian tidak berlaku dan sekiranya wujud perkara serius, perkara itu akan tertakluk terus kepada perundangan negara dan bukan lagi kekangan peraturan dalaman yang menyekat kebebasan mahasiswa,” katanya.

Menjawab soalan asal V. Sivakumar (PH-Batu Gajah) yang ingin tahu perkembangan terkini undang-undang baharu itu, Zambry berkata penggantian AUKU akan dibuat menerusi pembentukan Akta Satu Pendidikan Tinggi (OHEA)yang turut menyelaraskan akta-akta berkaitan seperti Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. – Bernama

“Buat hari ini, HLP kita adalah sebanyak 1,650 (slot pengajian), jadi kurang lebih 30 peratus (daripada jumlah slot itu) ada 500 tempat yang kita khususkan kepada mereka berada di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly menjawab soalan Suhaizan Kaiat (BN-Pulai) mengenai faktor kadar gagal lapor diri pegawai perubatan yang tinggi di Sabah dan Sarawak selepas tempoh melapor diri untuk 4,255 pegawai perubatan tamat semalam, serta langkah kementerian untuk mengatasi isu itu.

Mengenai jumlah pegawai perubatan yang melapor diri, beliau berkata sebanyak 337 daripada 527 orang yang diberikan tawaran telah melapor diri di Sarawak, manakala di Sabah pula melibatkan 336 daripada 528 orang.

“Secara keseluruhannya, peratusan pegawai perubatan yang melapor diri di Sabah dan Sarawak adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan ditawarkan.

“Meskipun angka ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding kadar ketidakhadiran (no-show) atau kegagalan melapor diri sebanyak 42 peratus antara 2020 hingga 2025, kadar kali ini hanya menurun sebanyak lima peratus,” katanya.

Dzulkefly berkata faktor berjauhan daripada keluarga serta kecenderungan untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar antara alasan pegawai perubatan menolak tawaran lantikan tetap bagi penempatan di kedua-dua negeri itu.

Menurut beliau, pegawai perubatan turut berpandangan bahawa peluang kerjaya kurang baik sekiranya mereka berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Pegawai ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik serta ingin berada berdekatan dengan pasangan. Pegawai juga menghidap masalah kesihatan selain menghadapi masalah logistik, kewangan peribadi serta kos perpindahan yang tinggi.

“Selain itu, terdapat persepsi mengenai kurangnya peluang untuk melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak, selain kebimbangan mengenai hala tuju kerjaya serta peluang untuk bertukar semula ke Semenanjung atau wilayah asal mereka,” katanya.

Bagi menggalakkan pegawai perubatan melapor diri di Sabah dan Sarawak, Dzulkefly berkata KKM menambah baik kaedah penempatan pegawai perubatan lantikan tetap dengan menaik taraf sistem eHousemen (e-Placement).

“Selain itu, pegawai layak menerima elaun pertukaran pada kadar 100 peratus merangkumi elaun makan, bayaran sewa hotel (lodging), tambang perjalanan, dan pelbagai kemudahan lain yang sebelum ini tidak diterima disebabkan oleh peralihan skema jawatan daripada kontrak kepada tetap.

“Semasa bertukar kembali ke wilayah asal, pegawai perubatan turut layak menerima elaun gangguan (disturbance allowance) pada kadar sebulan gaji hakiki pegawai,” katanya.

Mengenai sama ada kerajaan akan mempertimbangkan penamatan perjawatan kontrak pada masa akan datang, Dzulkefly berkata perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.

“Apa yang saya cita-citakan sejak awal saya kembali mengemudi KKM kali kedua ini adalah untuk menamatkan servis kontrak ini dan ini telah pun dipertimbangkan,” katanya.- Bernama

PPS sumbang 50 kerusi roda kepada HUS

KUCHING, 8 Oktober: Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) menyumbangkan 50 kerusi roda kepada Hospital Umum Sarawak (HUS) susulan keperluan penggunaan yang