IPU Sarawak kekal sederhana, Belaga cecah 100

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam. Sumber NREB

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Sarawak kekal pada tahap sederhana setakat 8.00 malam ini, dengan Belaga merekodkan bacaan tertinggi iaitu 100.

Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), bacaan IPU di Belaga meningkat daripada 95 pada 4.00 petang kepada 100 setakat 8.00 malam ini.

Kuching pula mencatat penurunan kecil daripada 58 kepada 56, manakala Samarahan dan Serian masing-masing turun daripada 65 kepada 60.

Sri Aman kekal pada 72, manakala Sarikei turun daripada 53 kepada 51.

Sibu pula meningkat daripada 50 kepada 53, manakala Mukah naik daripada 53 kepada 55 dan Kapit daripada 52 kepada 56.

Bintulu turut mencatat peningkatan kecil daripada 66 kepada 67, manakala Samalaju kekal pada 56 dan Miri pada 52.

ILP Miri meningkat daripada 40 kepada 43, manakala Limbang turun daripada 50 kepada 49 dan kini berada pada tahap baik.

Lundu mencatat penurunan daripada 61 kepada 52, manakala Tebedu turun daripada 59 kepada 53. Lubok Antu pula meningkat daripada 76 kepada 78.

Kanowit merekodkan peningkatan daripada 58 kepada 65, manakala Lawas turun daripada 56 kepada 55.

Bario kekal pada 33, manakala Betong tidak berubah pada 64 berbanding bacaan 4.00 petang.

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat.

Setakat 8.00 malam, tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.