SKS Betong tarik 97,255 pengunjung, 156 perkhidmatan dekati rakyat

Facebook
WhatsApp
DATUK Gerald Rentap Jabu pada Majlis Penangguhan Sarawakku Sayang Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, petang semalam. Foto: Dato Dr Richard Rapu

BETONG: Program Sarawakku Sayang (SKS) Peringkat Bahagian Betong 2026 melabuhkan tirainya petang semalam dengan mencatatkan sambutan luar biasa apabila keseluruhan 97,255 pengunjung hadir sepanjang tiga hari penganjurannya di Kompleks Sukan Betong.

Majlis penangguhan rasmi yang berlangsung semalam menjadi kemuncak kepada program yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan agensi berkaitan dalam usaha mendekatkan perkhidmatan serta inisiatif kerajaan kepada masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, SKS Betong antara program yang mencatatkan penyertaan menggalakkan dengan menawarkan 156 perkhidmatan daripada 47 agensi kerajaan dan agensi berkaitan.

Menurutnya, penganjuran itu bukan sekadar memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara terus, malah menjadi platform interaksi dua hala antara rakyat dengan agensi kerajaan.

“Terima kasih kepada semua yang menjayakan Sarawakku Sayang Bahagian Betong serta penghargaan kepada semua yang hadir.

“Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan kepada rakyat pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sarawakku Sayang Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, petang semalam.

Rentap yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar berkata, penjawat awam dan agensi kerajaan perlu sentiasa memahami keperluan serta cabaran yang dihadapi rakyat supaya perkhidmatan disediakan benar-benar berkesan.

“Nasihat saya, letakkan diri anda dalam kasut rakyat. Kalau rakyat susah untuk berjumpa dengan kamu, kamu turun dan santuni rakyat.

“Perkhidmatan ini adalah dua hala. Jika rakyat merasakan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, buatlah aduan supaya penambahbaikan dapat dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata, penganjuran SKS perlu terus diperkukuh supaya lebih banyak perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat di seluruh Sarawak.

Dengan berakhirnya SKS Betong 2026, program berkenaan membuktikan keberkesanan platform bersepadu dalam menghubungkan rakyat dengan pelbagai agensi, perkhidmatan dan inisiatif kerajaan dalam suasana yang lebih dekat, mudah dan mesra rakyat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu; Timbalan Setiausaha kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee dan Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas.

Oleh Adi Safarman

Buaya tembaga 2.1 meter diserah kepada SFC

SPAOH: Seekor buaya tembaga liar sepanjang sekitar 2.1 meter yang mengejutkan penduduk Kampung Medang selepas ditemui terperangkap pada jaring sebuah