ZAGREB: Sebuah pesawat kecil melakukan pendaratan paksa berhampiran bandar Vinkovci di timur Croatia hari ini, menyebabkan juruterbangnya maut, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Polis dan perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai kemalangan itu sekitar 10.05 pagi waktu tempatan (0805 GMT), menurut Jabatan Polis Kaunti Vukovar-Srijem.
Petugas perubatan kecemasan menemukan pesawat berkenaan dan mengesahkan kematian juruterbang itu, menurut polis.
Siasatan di lokasi kejadian sedang dijalankan bagi menentukan keadaan dan punca kemalangan itu. – Bernama





