Toyota Hilux hilang ketika pemilik pergi memancing di Bau

Facebook
WhatsApp
LOKASI di mana kenderaan jenis Toyota Hilux mangsa dicuri.

BAU: Sebuah Toyota Hilux Double Cab bernilai kira-kira RM120,000 dilaporkan hilang selepas pemiliknya pulang daripada memancing di Sungai Pedaun, Jalan Krokong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, mangsa yang merupakan seorang juruteknik berusia 34 tahun telah meletakkan Toyota Hilux 2.8 GR-S AT 4X4 berwarna hitam, nombor pendaftaran QS3511S, di tepi jalan kira-kira 2.15 petang sebelum pergi memancing bersama rakannya.

“Selepas selesai memancing, pengadu kembali ke lokasi dan mendapati kenderaannya telah hilang. Pengadu telah mencari di kawasan sekitar namun gagal menemui kenderaan tersebut dan mengesyaki ia telah dicuri,” katanya hari ini.

Haide berkata kenderaan berkenaan telah dikunci dan tidak dilengkapi alat pengesan GPS, manakala pemiliknya juga tidak mempunyai kunci tambahan.

Beliau berkata pemeriksaan polis mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang merupakan kawasan terbuka dan terang serta laluan kenderaan, selain keadaan kawasan yang agak sunyi.

Satu laporan polis dibuat pada 3.20 petang semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Haide berkata siasatan masih dijalankan.

Oleh Connie Chieng

Lelaki ditahan miliki syabu, positif dadah

MUKAH: Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.37 gram di kawasan Kuala