Polis tahan suspek curi kenderaan pacuan empat roda

Facebook
WhatsApp
TANGKAPAN... Suspek berjaya ditangkap hasil maklumat awam.

LAWAS: Polis Daerah Lawas menerima laporan mengenai kehilangan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Double Cab pada 15 September 2026, 10.07 pagi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan semalam berkata, kenderaan berkenaan dilaporkan hilang dari kawasan tempat letak kereta di Lawas.

“Berdasarkan siasatan awal serta penelitian rakaman kamera litar tertutup, pihak polis mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil kenderaan tersebut pada kira-kira 3.00 pagi pada hari yang sama.

“Hasil tindakan pantas dan risikan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 33 tahun di tepi jalan ke Ba’kelalan Lawas.

“Suspek ditahan semasa masih berada dalam sebuah kereta double Cab yang diletak ditepi jalan Lawas/Ba’kelalan Lawas. Kereta yang dinaiki suspek merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang pada hari yang sama,” katanya.

Pemeriksaan lanjut di dalam kereta turut menjumpai satu keratan straw yang mengandungi hablur kristal jernih disyaki dadah jenis syabu, dengan anggaran berat kasar 0.20 gram.

“Kejayaan menyelesaikan kes ini dengan cepat adalah hasil tindakan pantas, risikan dan kerjasama berterusan pihak polis dan masyarakat dalam mengesan serta menjejaki suspek yang terlibat,” tambahnya.

Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah. Ujian saringan air kencing pula mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Pihak polis kini meneruskan siasatan dengan mengesan saksi-saksi berkaitan serta mendapatkan maklumat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Saspek juga disiasat dibawah seksyen 12(2) ADB 1952  dan seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Video gaduh tular, tiga lelaki ditahan

MIRI: Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tempoh kira-kira sejam selepas polis mengesan video pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Marina