CATANIA, Itali: Lapangan terbang Catania di Sicily, Itali ditutup kerana awan abu daripada Gunung Etna, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.
Semua pelepasan dan pendaratan berhampiran bandar itu dibatalkan sehingga petang ini, tambah pihak berkuasa.
Berpuluh penerbangan terjejas sejak semalam, termasuk banyak penerbangan antarabangsa.
Gunung berapi paling aktif di Eropah itu mengeluarkan abu sejak Ahad.
Awan abu menjulang hingga empat kilometer ke langit, menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV). – Bernama





