Tesla perkenal Cybercab tanpa pemandu di Jepun buat pertama kali

Facebook
WhatsApp
CYBERCAB, kenderaan autonomi tanpa pemandu keluaran Tesla, dipamerkan di Aoyama, Tokyo, pada 11 September 2026.

TOKYO: Pengeluar kenderaan elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla Inc. pada Jumaat memperkenalkan Cybercab, roboteksi autonomi yang direka khusus, di daerah Aoyama, Tokyo, menandakan kali pertama kenderaan itu dipamerkan kepada umum di Jepun, lapor Kyodo News.

Kenderaan dua tempat duduk itu tidak mempunyai stereng, pedal pemecut atau pedal brek, membolehkannya beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu. Ia dilengkapi pintu jenis rama-rama yang terbuka ke atas serta skrin sentuh bersaiz besar.

TESLA memperkenalkan Cybercab, kenderaan autonomi dua tempat duduk tanpa stereng dan pedal, kepada umum di daerah Aoyama, Tokyo.

Tesla telah memulakan pengeluaran besar-besaran Cybercab dan memperkenalkan perkhidmatan e-panggilan di beberapa kawasan di Amerika Syarikat.

Kenderaan itu akan dipamerkan di Osaka mulai Khamis depan dan di Nagoya, tengah Jepun, mulai 22 September. – Bernama-Kyodo