Punca kematian lima mangsa akibat melecur teruk, keputusan DNA ditunggu bagi pengesahan saintifik identiti – Polis Sarawak

Facebook
WhatsApp
PROSES bedah siasat lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang selesai malam tadi, dengan punca kematian dikenal pasti akibat kecederaan melecur teruk. Keputusan ujian DNA masih ditunggu bagi pengesahan identiti mangsa secara saintifik.

KUCHING: Proses bedah siasat kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, pada Selasa lepas selesai pada 7.30 malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Miri mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan kecederaan melecur teruk.

“Buat masa ini kita (polis) sedang menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan secara saintifik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang, terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – Bernama

Anwar mahu MA63 dijadikan naratif nasional

KOTA KINABALU:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan naratif nasional dan tidak dilihat