Dua kenderaan terbakar di Jalan Kuala Tatau

Facebook
WhatsApp
DUA kenderaan musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Kuala Tatau, petang tadi. Foto JPBM Sarawak

TATAU: Dua kenderaan dilaporkan musnah dalam satu insiden kebakaran di Jalan Kuala Tatau di sini, petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dua kenderaan terbabit ialah Honda CR-V dan Toyota Avanza yang masing-masing terbakar 100 peratus.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.18 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi.

KEADAAN dua kenderaan yang musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Kuala Tatau, petang tadi. Foto JPBM Sarawak

“Setibanya di lokasi, didapati kedua-dua kenderaan telah terbakar sepenuhnya dan api telah dipadamkan oleh orang awam menggunakan sumber air dari parit dan kolam kecil.

“Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada bahaya yang boleh menyebabkan kebakaran semula,” katanya dalam satu kenyataan

Operasi ditamatkan pada 5.30 petang selepas keadaan di lokasi disahkan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih