Dua lelaki ditahan, syabu 5.02 gram dirampas di Kota Samarahan

Facebook
WhatsApp
DITAHAN…Dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi membanteras kegiatan dadah di Kampung Pinang, Kota Samarahan, petang tadi.

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah dalam satu operasi di Kampung Pinang di sini, petang tadi.

Kedua-dua suspek berusia 28 dan 40 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan kira-kira 3.30 petang.

Hasil pemeriksaan menemui 18 keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Dadah berkenaan dianggarkan mempunyai berat kasar 5.02 gram.

RAMPASAN…Antara 18 keratan tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki syabu yang dirampas dalam operasi di Kampung Pinang, Kota Samarahan.

Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek turut menunjukkan keputusan positif amphetamine dan methamphetamine.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama berkaitan penggunaan dadah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan serta pengedaran dadah akan terus dipergiatkan bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Lelaki positif dadah ditahan di Bau

BAU: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam saringan awal air kencing